Titisan Tinta Seorang Mujahidah  







Seindah hiasan adalah wanita solehah...
Adelaide, Febuari 2009
Tepat 7.30 pagi aku tiba di Adelaide Airport. Negara kangaroo dan koala. Pertama kali menjejakkan kaki ke tempat yang aku rasakan begitu asing buat diriku. Namun, aku beruntung kerana aku bukanlah keseorangan di sini.  Aku berjaya menyambung pelajaran di sini bersama kawan-kawanku yang lain. Teringat perbualan kami beberapa hari lepas.
"Eh, nanti masa cuti winter, kita pergi jalan-jalan nak tak? Sydney ke, Melbourne ke. Gold Coast pun seronok jugak." Kata Nani sambil mulutnya sibuk mengunyah burger. Ketika itu, kami berhenti rehat seketika di Kfc Mid Valley setelah membeli beberapa barang keperluan untuk dibawa ke Australia. Sekadar persiapan terakhir. Ajakan Nani disambut riang kawan-kawanku yang lain. Aku seperti biasa, turut serta mengangguk tanda setuju. Tidak sabar untuk menunggu saat itu tiba.
Setelah mengambil baggage, aku menolak troli beg-beg ku keluar. Ada beberapa kawanku yang sudah mendahului ku berada di satu kawasan. Aku segera menuju ke situ. Mataku terpandang kelibat dua orang yang asing bertudung litup di tengah-tengah kawan-kawanku. Bila aku sampai di situ, salah seorang daripada mereka berdua menghulurkan tangan.
"Assalamualaikum. Panggil akak, Kak Ida. Yang ni Kak Ija. Siapa nama adik?" Huluran tangannya ku sambut. Tergamam sebentar apabila salaman bukan hanya sekadar salaman. Tapi disertai dengan pelukan mesra. Terkejut, namun aku terasa ada suatu ketenangan bersama mereka berdua.
Adelaide, Julai 2009
Sudah hampir 5 bulan aku di sini. Sekarang musim dingin sudah tiba. Kesejukkannya bagai menggigit tulang-belulangku. Ketika itu aku baru saja selesai solat subuh. Keseorangan di ruang solat di rumahku. Aku melihat ke luar jendela. Langit yang mula kekuningan. Terdengar kicauan burung sayup-sayup diluar.
"Mungkin ibu burung dah mula mencari rezeki buat anak-anaknya." Bisik hati kecilku.
Tiba-tiba terasa hangat pipiku. Air jernih itu mulai turun lagi. Saat itu, segala kenangan sepanjang berada di Adelaide bagai berputar-putar di mindaku. Ada sesuatu yang bagai mengetuk-ngetuk jiwa ini. Ketukan yang bertalu-talu namun ia memberi ketenangan.
Aku sedar. Aku sentiasa lain daripada kawan-kawanku. Topik yang selalu menjadi perbualan kami sentiasa berkisar kepada keindahan dunia. Aku sedar akan kekurangan diri. Mungkin itu yang menjadi titik tolak kepadaku untuk mencari. Mencari sesuatu yang mampu merawat kepedihan hati. Aku tak menyalahkan kawan-kawanku. Mungkin kerana perasaan rendah diri yang terlalu kuat yang membuatkan aku sentiasa rasa kekurangan. Tapi, pengakhirannya menjejaskan diri aku sendiri. Jiwa memberontak. Walaupun aku berteman, namun aku sentiasa rasa keseorangan. Aku selalu bertanya, "Ya Allah, kenapa kau berikan kekurangan ini padaku. Sedangkan mereka yang lain Kau kurniakan kelebihan. Yang selamanya takkan sesekali aku miliki." Rintihan yang seringkali aku tanyakan di atas sehelai sejadah yang menjadi saksi kepada segalanya.
Persoalan itu sentiasa menjadi sebab kenapa air jernih ini sentiasa mengalir. Tapi, itu dulu. Pagi ini, titisan yang sama mengalir tapi bukan atas sebab yang sama. Kali ini, ia mengalir atas doaku yang berlainan dengan keinginanku dahulu.
"Ya Allah. Aku mahu menjadi seorang wanita yang solehah." Air jernih itu terus-terusan mengalir. Di atas sejadah yang sama, namun kali ini dengan lafaz yang berbeza. Aku yang sekarang dan aku yang dulu. Aku tahu aku mencari sesuatu. Walaupun aku pun tak pasti apa yang aku cari. Namun, aku sentiasa mencari sesuatu yang mampu memberi ketenangan kepada jiwa. Dahulu, dalam setiap sujud solatku, dalam setiap bacaan Al-Quran, aku sentiasa cuba mencari ketenangan itu. Namun, tak pernah sedikitpun damainya ku temui.
Dan sekarang, di bumi yang jauh dari tanah air, aku rasakan bahawa sesuatu yang aku cari selama ini bagaikan semakin mendekati. Sesuatu yang mampu memberi ketenangan kepada hati. Sesuatu yang akan menghilangkan perasaan kekurangan yang aku rasa selama ini.
Kenapa ketenangan ini tak ku temui dahulu? Aku cuba menilai kembali diriku sendiri. Apa matlamat hidup aku selama ini? Adakah semata-mata untuk mengejar kecantikkan duniawi? Setiap malam sebelum tidurku, bibir ini sentiasa mengucapkan kalimah syahadah. Namun, sehampir mana hubungan yang aku bina dengan Allah? Sebanyak mana pernah hati ini rindu pada kekasih Allah? Aku tunaikan kewajipan solat. Namun, sekhusyuk mana aku dalam setiap bacaan, setiap rukuk, setiap sujud ku? Seusai solat maghrib,aku membaca Al-Quran hampir setiap malam. Namun, pernahkah aku cuba fahami setiap butir isi kandungannya?
Aku bagaikan baru dibangkitkan dari lena yang panjang. Terasa baru menemui jawapan kepada setiap persoalan. Terlalu banyak episode-episod yang berlaku di sini yang memberi pentarbiyyahan kepada diri. Aku seorang pemerhati. Dan ketukan yang aku dapat adalah kerana aku memerhati dan mencari. Qudwah hasanah mereka yang mengetuk hati.
Aku mahu menjadi seperti mereka. Walaupun aku tahu aku tak layak. Siapalah aku untuk menjadi seorang wanita solehah. Aku dipenuhi dosa. Kisah hidup aku dipenuhi noda.
Aku teringat lewat di suatu petang, ketika berada di dalam bas dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis tutorial di universiti. Hati terasa ingin membuka tafsir yang berada di dalam beg sandangku. Pada helaian itu, pandanganku bagai terpaku pada satu ayat yang cukup menggetarkan jiwa.
Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
Terasa sebak di hati. Ya Allah, aku mahu berubah. Aku tak perlukan lagi kecantikkan dunia. Aku tak perlukan lagi keindahan dunia. Aku tak perlukan lagi kemewahan dunia. Aku tak perlukan lagi kesenangan dunia. Kerana aku tahu aku tak akan pernah berasa puas jika aku memilikinya.
Adelaide 2010
"Akak, saya nak pakai tudung, boleh tak?" Tersenyum naqibah ku mendengarkan pertanyaanku."Yang bertutup itu jauh lebih dicintai Allah." Pendek jawapannya, namun sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada diri.
Aku sedar aku sudah mula berubah. Sedikit demi sedikit. Walaupun jauh lagi matlamat yang aku inginkan. Tapi aku kumpulkan kekuatan satu demi satu. Kerana aku yakin suatu hari nanti aku pasti akan berjaya sampai ke matlamatku. Menjadi wanita solehah. Dengan izinNya.
Adelaide, Oktober 2010
Setahun yang lalu, aku mahu berubah. Dan aku dihulurkan pertolongan untuk berubah. Namun sebenarnya kekuatan untuk berubah itu sentiasa berada dalam diri setiap insan. Cuma kita yang tiada keberanian untuk memulakan. Sekarang, tanggungjawab aku semakin bertambah. Tiba masa untuk aku pula merubah. Kerana aku yakin di luar sana pasti ada jiwa-jiwa yang turut sama mencari. Pencarian kepada satu jawapan yang selama ini sentiasa berada di sisi. Pencarian kepada pergantungan Ilahi. Moga pengakhirannya adalah penemuan hakikat kemanisan iman dan islam yang sebenar. Itulah kemenangan abadi.
Malaysia, 26 November 2011
Tenang wajahnya saat melafazkan akad. Seorang akhi yang tidak begitu aku kenali. Cuma sekali-sekala bertemu atas urusan tarbiyyah. Saat cincin disarungkan, aku menangis lagi.
Kali ini tangisan ini adalah tangisan kesyukuran. Atas kurniaan Tuhan.
Tarikh 26 November dipilih atas permintaanku. Kerana tarikh ini bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah. Tarikh yang merupakan titik tolak penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w. Tarikh yang aku ingin abadikan sepanjang hidupku. Tanda penghijrahan. Peringatan buat diriku. Bahawa aku pernah berhijrah. Penghijrahan yang bermula atas sebab cintakan keindahan yang membawa aku kepada keindahan cinta hakiki. Cinta Ilahi.
Sekarang, di atas sejadah yang tetap sama, matlamat aku makin bertambah.
Mahu menjadi seorang isteri solehah.
Mahu menjadi qudwah hasanah.
Mahu menjadi daie yang merubah.
Mahu menjadi bidadari syurga firdaus.

Amin Ya Rabb.












Allah Sayang Kita 
Allah sayangkan hambaNYA,
Allah kasihkan khalifahNYA,
Allah cinta MakhlukNYA  
Allah sayangkan kita.
Sebab itu kita diberi ujian,
Kerana itu kita diberikan dugaan..
Oleh sebab itu juga kita dibebani masalah.

Tapi, pernahkah kita terfikir?
Kasih SayangNYA?
Tentang NikmatNYA?
Hakikat RahmatNYA?
RezekiNYA?

Tidak terkira banyaknya..
DIA beri kita UJIAN,
Kita menangis..
DIA beri kita DUGAAN,
Kita mengeluh..
DIA beri kita MASALAH,
Kita marah..
Pernahkah kita merungut bila lelah?
Pernahkah kita merengek tika sakit?
Pernahkah kita marah tika masalah menimpa?

Tapi kan...
Pernahkah kita syukur bila ALLAH beri kecukupan?
Pernahkah kita sujud dengan sepenuh hati untuk solat?
Qiammulail pasti jauh sekali..
Pernahkah kita lakukan rukun Islam sepenuhnya dengan bersungguh?
Sudahkah kita penuhi rukun Iman untuk menjadi hambaNYA yang soleh?
Cukupkah kita hanya bernama Muslim?

Jika tidak menyempurnakan kedua-dua rukun itu?
Sempurnakah kita andai ciri-ciri sebenar Muslim itu tidak ada dalam diri?
Adakah kita nilai semula betapa banyak nikmatNYA yang telah kita kecapi,
Tanpa "SYUKUR?"...

Namun..
Kita tetap "TAMAK" untuk mendapatkan yang lain dan
Dakwa ALLAH Tidak Sayangkan kita
dan Tidak beri apa yang diminta..
Apakah kita terfikir?...

Ya ALLAH,
Ampuni kami...
Atas khilaf kami...
Sedang kami insan yang lemah..
Kini.. kami sedar,
"ALLAH SAYANGKAN KITA"..
Mulai saat ini, jadilah muslim yang baik!.. InsyaAllah..


HATI DAN CINTA  




Memahami  


Assalamualaikum...Bukan mudah untuk memahami hati orang lain..kerana kita bukan pencipta..Hanya Allah yang memahami hati kita..kerana itulah Allah memberi kita ujian.. Sesungguhnya ..ujian itu yang menunjukkan ketabahan dan kekuatan hati kita..

Rmai yang minta untuk difahami..begitu juga dengan ana..ana mahu semua org disekeliling ana memahami ana..tapi..sedarkah kita??  Kita tidak akan dapat apa yg kita harap sekiranya kita tidak memberi..iaitu..orang lain tidak akan dapat memahami kita sekiranya kita tdak memahami orang lain..

Kita tidak akan dapat memahami seseorang  sepenuhnya..kita hanya akan dapat memahami setakat yang boleh...Wallahualam...Assalamualaikum :D
 
 
10 Perkara buat wanita bertambah cantik



    1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
    2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
    3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
    4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
    5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
    6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
    7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
    8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
    9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
    10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

                                                                                                                                              hafizah fiza

    Congrate ! Tahniah ! xD




    Tahniah kepada PMR candidate 2011 (batch 1996)  



    holla hello :D okay !  fiza nak ucapkan congrate kepada abg abg n kakak kakak yang dapat result yang bagos :)  jangan lupa buat sujud syukur yee :) berterima kasih dekat Allah...tapi jangan la riak ye.. hehe

    okay..kepada abg abg n kakak kakak yang tak dapat result yg tak bbrapa mmuaskan...cayook2 !...struggle lagie ea..jangan berputus asa :) ada hikmah laaa tu...jangan sedeyh2 keyh..
    Struggle !! SPM lah penentuan :)


    Hafizah Kejora

    "Apabila aku menangis, tenangkan saya dengan cara kamu,
    Apabila, aku jatuh, hulurkanlah tanganmu,
    Apabila aku sakit, ubatilah aku dengan kasih sayangmu
    Andainya aku tiada satu hari nanti, 
    Apabila aku sudah ditanam, redhalah, dan tanamlah aku dalam hatimu
    Andainya aku tersasul, hantarkanlah doa mu untuk ku
    Kawan-kawanku, kamu adalah orang yang baik-bbaik"

    Hafizah Kejora


    5 syarat untuk melakukan maksiat


    Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. 

    Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." 

    Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak

    Hafizahkejora